Rakaman kokpit dedah kapten pesawat Air India tutup aliran bahan api

Iklan
Bangkai pesawat Air India Boeing 787-8 Dreamliner yang terhempas sejurus selepas berlepas pada 12 Jun lalu - Foto REUTERS

AHMEDABAD - Rakaman kokpit pesawat Air India yang terhempas bulan lalu menunjukkan kapten pesawat dipercayai mematikan bekalan bahan api ke enjin sejurus selepas berlepas.

Memetik laporan Wall Street Journal, penemuan itu berdasarkan penilaian awal pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) terhadap bukti nahas yang berlaku pada 12 Jun lalu di Ahmedabad, India.

Iklan
Iklan

Rakaman kokpit menunjukkan juruterbang kedua sempat bertanya mengapa kapten memindahkan suis bahan api ke posisi ‘cut off’ beberapa saat selepas pesawat meninggalkan landasan.

Dua juruterbang terbabit dikenali sebagai Kapten Sumeet Sabharwal dan Juruterbang Kedua, Clive Kunder yang masing-masing mempunyai rekod penerbangan 15,638 jam dan 3,403 jam.

Iklan

Biro Siasatan Kemalangan Pesawat (AAIB) India dalam laporan awal Sabtu lalu turut mengesahkan suis bahan api kedua-dua enjin bertukar daripada mod ‘run’ kepada ‘cut off’ selang satu saat selepas pesawat berlepas.

Setakat ini, AAIB India, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Penerbangan Awam India, Boeing dan Air India belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Iklan

Dalam tragedi berkenaan, 260 penumpang dan anak kapal terkorban apabila pesawat Boeing 787 Dreamliner terhempas sejurus selepas berlepas.