SEOUL - Seorang guru dan ibu kepada pelajar sekolah menengah ditahan polis selepas didakwa menceroboh masuk ke sekolah untuk mencuri kertas peperiksaan, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi pada 4 Julai lalu di sebuah sekolah di Andong, 270 kilometer di selatan Seoul.
Tindakan mereka mencetuskan penggera keselamatan sebelum ditahan.
Menurut polis, suspek berusia 31 tahun merupakan tutor peribadi pelajar terbabit dan pernah mengajar di sekolah itu sehingga Februari tahun lalu.
Ibu pelajar pula berusia 48 tahun.
Siasatan mendapati mereka cuba mencuri kertas soalan bagi pelbagai subjek, bukan hanya bahasa Korea.
Polis turut percaya ada unsur bayaran antara kedua-dua suspek.
Seorang kakitangan penyelenggaraan sekolah juga ditahan kerana membantu menceroboh masuk ke bangunan sekolah pada waktu malam.
Pelajar terbabit yang mencatat keputusan cemerlang sejak 2023 telah dibuang sekolah dan semua grednya dibatalkan, menurut laporan agensi berita Yonhap.
Kes ini merupakan antara siri skandal peperiksaan di Korea Selatan, negara yang terkenal dengan tekanan akademik tinggi.
Awal tahun ini, hampir 250 guru didapati menjual soalan ujian palsu kepada institusi swasta dan meraih purata AS$61,000 (RM285,000) setiap seorang. - AFP