Filem Superman didakwa anti-Israel

Iklan
Filem Superman kurang mendapat sambutan di Israel.

DUBAI – Filem baharu Superman arahan James Gunn mencetuskan kontroversi dalam kalangan penonton global apabila ramai mendakwa ia menyelitkan mesej politik yang menyindir konflik Israel-Gaza secara tersirat.

Satu babak yang menggambarkan tentera bersenjata berat menyerang orang awam di sempadan, termasuk kanak-kanak, telah mencetuskan perbandingan langsung dengan serangan Israel ke atas Gaza, meskipun filem itu tidak menamakan mana-mana negara secara jelas.

Iklan
Iklan

Beberapa penonton menyuarakan pendapat mereka di media sosial.

"Superman sangat jelas anti-Israel dan saya sukakannya," kata seorang pengguna di platform X.

Iklan

"Mereka tak cuba pun nak sembunyikannya. Ia sangat terang-terangan pro-Palestin dan anti-Israel," tulis seorang lagi pengguna.

"Saya benar-benar suka sentimen anti-Israel dalam Superman. Kini saya tahu James Gunn memang berpendirian tegas," ujar seorang lagi pengguna.

Iklan

James Gunn sebelum ini menyatakan bahawa filem itu menyentuh tema moral, politik, dan imigrasi, di mana Superman digambarkan sebagai seorang pendatang satu kenyataan yang turut mengundang kritikan daripada konservatif AS.

Filem ini merupakan permulaan semula francais DC dan menjadi pembuka kepada DC Universe baharu di bawah kendalian Gunn. Ia dibintangi oleh David Corenswet sebagai Clark Kent/Superman, Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane, serta Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor dan Isabela Merced sebagai Hawkgirl.

Filem ini mula ditayangkan di Arab Saudi pada 10 Julai 2025, manakala sambutannya di Israel didakwa suram dan mencetus gesaan boikot oleh sesetengah penonton yang menganggap naratif filem itu sebagai kecaman terselindung terhadap Israel. -Agensi