Taco Bell, Sinar Daily sasar Gen Z, buka ruang kerjasama masa depan

Iklan
Belinda (dia dari kiri) bersama kakitangan Taco Bell Malaysia. Foto Asril Aswandi Abd Shukor

KUALA LUMPUR – Taco Bell Malaysia menjalin kerjasama strategik bersama Sinar Daily menerusi program Choose Your Hard yang berlangsung di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur, dengan sasaran utama kepada golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan generasi Z (Gen Z).

Program anjuran Sinar Daily itu ditaja oleh Taco Bell melalui penganjuran aktiviti Treasure Hunt yang mengetengahkan elemen kesihatan mental dalam kalangan belia, di samping memperkenalkan nilai korporat dan jenama dalam pendekatan yang santai dan mesra Gen Z.

Iklan
Iklan

Ketua Pemasaran Taco Bell Malaysia, Belinda Ho berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya terlibat secara langsung dalam program kolaboratif yang melibatkan pelajar IPT.

“Program ini bukan sahaja mengetengahkan kesedaran kesihatan mental, tetapi juga mencerminkan nilai yang kami percaya memberi semula kepada masyarakat khususnya Gen Z.

Iklan

“Hari ini, kami dapat lihat sendiri bagaimana pelajar-pelajar menyebut nama Taco Bell dan hadir kerana tahu kami adalah penaja. Itu membuktikan impak jenama kami dalam kalangan anak muda,” katanya.

Turut hadir, Editor Visual Gaya Hidup Sinar Daily, Syahirah Mokhtazar.

Iklan

Belinda turut berkongsi bahawa Taco Bell kini memiliki sekitar 20 cawangan yang tertumpu di Lembah Klang dan Pulau Pinang, dan merancang untuk melebarkan sayap operasi ke kawasan Selatan tanah air pada tahun depan termasuk kemungkinan ke Sabah dan Sarawak selepas tahun 2026.

“Tahun 2026 adalah sasaran kami untuk berkembang lebih jauh selepas proses penstrukturan semula. Kami akan teruskan pendekatan pemasaran dengan slogan ‘Live More’ yang telah dilokalkan menjadi ‘Live Kaw Kaw’ untuk lebih dekat dengan pengguna tempatan,” jelasnya.

Dalam usaha menyokong pembangunan belia, Taco Bell turut membawa wakil sumber manusia (HR) ke program tersebut bagi menerangkan peluang kerjaya kepada pelajar, termasuk latihan industri dan kerja sambilan di cawangan mereka.

Wakil sumber manusia (HR) Taco Bell Malaysia turut dibawa ke program berkenaan bagi menerangkan peluang kerjaya kepada pelajar IPT termasuk latihan industri dan kerja sambilan. Foto Asril Aswandi Abd Shukor

Sementara itu, Syahirah menyifatkan kerjasama bersama Taco Bell sebagai satu nilai tambah besar kepada usaha Sinar Daily dalam menjangkau golongan muda melalui saluran kandungan gaya hidup dan media sosial.

“Kami sentiasa mencari peluang untuk masuk ke dalam pasaran Gen Z. Bekerjasama dengan jenama seperti Taco Bell yang sudah ada pengaruh dalam kalangan influencer, sangat membantu kami mencapai sasaran tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, sambutan terhadap program Choose Your Hard amat menggalakkan dan berpotensi untuk diteruskan pada masa akan datang.

“Ini program pertama dan sambutannya sangat positif. Jika Taco Bell sudi untuk menjadi penaja lagi, kami terbuka untuk teruskan kerjasama,” katanya.

Sebahagian peserta program Choose Your Hard yang berlangsung di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur. Foto Asril Aswandi Abd Shukor

Mengulas kemungkinan menganjurkan siri jelajah ke IPT lain, Syahirah berkata, buat masa ini tiada perancangan khusus, namun pihaknya terbuka terhadap sebarang cadangan dan peluang pada masa depan.

Program Choose Your Hard merupakan sebahagian daripada inisiatif Sinar Daily untuk memperkukuh hubungan dengan golongan belia menerusi platform gaya hidup, kerjaya dan kesedaran sosial, sambil membina kolaborasi jangka panjang bersama rakan jenama yang berpengaruh.