Menanti sesuatu yang luar biasa

Iklan
Anwar akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

KELMARIN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik Anwar pada Isnin, namun tidak dijelaskan secara terperinci dan hanya terdapat tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.

Iklan
Iklan

Jadi, ramailah bertanya kepada Merak Jalanan yang mungkin tahu apa agaknya pengumuman besar dan luar biasa itu.

Tetapi malangnya, Merak Jalanan juga tidak tahu dan tidak dapat mengagak perkara tersebut.

Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa juga naik status sama mengenai perkara tersebut.

Cuma, ada yang agak skeptikal tentang penggunaan perkataan luar biasa itu - bukan apa, cuma bimbang ia tidak seperti yang diharapkan.

Iklan

Tetapi sementara itu, kita boleh sama-sama terus buat pelbagai andaian dan spekulasi pengumuman yang bakal dibuat dalam masa terdekat itu.

Dan, paling penting kita harap ia benar-benar mencapai tahap luar biasa seperti yang disebut-sebutkan itu.

Namun ada beberapa perkara luar biasa yang mungkin boleh berlaku.

Antaranya ialah seluruh rakyat Malaysia dapat bantuan tunai. Jika ini berlaku memang amat-amat luar biasa.

Selain itu, adalah kerajaan umum rakyat cuma kerja empat hari dalam seminggu. Ini memang dalam skala luar biasa.

Tetapi banyak pertimbangan kalau perkara ini berlaku. Bagaimana dengan persekolahan.

Orang industri juga akan marah kalau ini berlaku. Produktiviti menurun, bisnes tidak dapat berkembang dan terpaksa bayar elaun lebih masa sebab kerja waktu cuti. Jadi teori ini agak tidak masuk dek akal.

Jadi kita tunggu sajalah.