Serangan siber: Perlukah keluarkan semua wang dalam bank?

Iklan
Isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam.

KEBELAKANGAN ini, isu serangan siber semakin hangat diperkatakan orang ramai apabila laman web institusi kewangan dan kerajaan menjadi sasaran penggodam.

Di sini ramai mula tertanya-tanya termasuk Merak Jalanan dan soalan yang paling kerap ditanya: selamatkah duit kita dalam bank? Bagaimana pula dengan data peribadi kita?

Iklan
Iklan

Maklumlah, zaman sekarang hampir semua urusan menggunakan telefon pintar. Nak bayar bil, pindahkan duit, beli barang malah mohon bantuan kerajaan pun semuanya dalam talian.

Jadi, apabila mendengar berita serangan siber, ada yang mula rasa tidak sedap hati. Takut-takut esok bangun tidur, duit dalam akaun sudah lesap!

Iklan

Namun, tidak perlulah sampai begitu sekali. Serangan siber tidak semestinya bermakna sistem berjaya diceroboh atau wang pengguna dicuri. Ada serangan yang berjaya dikesan dan disekat lebih awal.

Cuma, jangan pula terlalu yakin sehingga mengabaikan keselamatan sendiri.

Iklan

Bagi Merak Jalanan, kita masih berdepan masalah pengguna mudah menekan pautan mencurigakan, berkongsi kod OTP dan menggunakan kata laluan sama untuk pelbagai akaun.

Kalau sudah tahu itu perangkap, mengapa masih mahu masuk?

Pada masa sama, pihak yang mengendalikan data rakyat juga perlu memastikan sistem keselamatan sentiasa diperkukuh.

Jangan hanya pandai mengumpul maklumat pengguna, tetapi apabila berlaku kebocoran, masyarakat pula terpaksa menanggung akibatnya.

Hakikatnya, teknologi memang memudahkan hidup, tetapi ancamannya juga semakin canggih. Jadi tidak perlu panik setiap kali mendengar berita serangan siber.

Cuma jangan sampai terlalu leka sehingga penjenayah siber lebih dahulu bertindak sebelum kita sempat sedar!