Lebih 10,000 meriahkan Karnival Kesenian Islam, Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun

Iklan
Muhammad Kamil (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada 34 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Parlimen Tambun.

IPOH - Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani yang diadakan di Masjid Jamek Al - Amin Kampung Lata, Tambun mencatatkan kehadiran luar biasa dengan lebih 10,000 pengunjung membanjiri lokasi sejak awal pagi, sekaligus menjadikan majlis meriah dan mendapat sambutan hangat.

Setiausaha politik Menteri Kewangan, Muhamad Abdul Kamil Munim menyifatkan sambutan kali ini sebagai bukti semangat perpaduan dan kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

Muhammad Kamil (tengah) bersama selebriti Nabil dan Ustaz Don Daniyal pada Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

Beliau berkata, program seumpama ini akan diteruskan bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah masyarakat tetapi juga menjadi medan untuk penghayatan makna hijrah dalam konteks pembangunan rohani serta transformasi kendiri yang berlandaskan ajaran Islam.

Iklan

“Menerusi program ini ia juga mengangkat aspirasi Malaysia Madani, dengan semangat keterangkuman dan keharmonian yang memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk bersama-sama membina sebuah komuniti yang sejahtera dan bersatu,” katanya dalam ucapan.

Dalam majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan khas untuk projek-projek pembangunan Parlimen Tambun sebanyak RM6.3 juta merangkumi sumbangan khas kepada di 34 buah sekolah rendah dan menengah, sumbangan membaik pulih Balai

Iklan

Acara larian amal yang turut mendapat sambutan daripada masyarakat.

Polis Tanjung Rambutan, Projek Mesra Rakyat, Projek Infrastruktur Madani dan beberapa pembangunan lain di parlimen berkenaan.

Katanya, program yang dianjurkan dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu berlangsung seawal jam 5.30 pagi dimulakan

Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ disertai lebih 1,500 jemaah.

"Kehadiran luar biasa jemaah pada awal pagi itu juga menjadi manifestasi sokongan masyarakat bagi menyemarakkan budaya spiritual dalam kalangan komuniti setempat," katanya dalam kenyataan.

Dengan sambutan yang sangat memberangsangkan itu, Kamil berkata, pihaknya bersedia untuk meneruskan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dari semasa ke semasa sebagai usaha membudayakan solat Subuh secara berjemaah dengan pendekatan yang inklusif dan menarik.

Lebih menarik apabila pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid serta selebriti tanah air seperti Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak dan Qawiyaro yang mengetuai imam solat Subuh.

Antara peserta yang memeriahkan Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun.

Antara acara sampingan yang diadakan termasuk Tambun Fun Run sejauh lima kilometer, kenduri rakyat, demonstrasi khat, penyalinan dan percetakan al-Quran, serta persembahan nasyid oleh kumpulan ternama seperti UNIC, Raihan dan Mirwana.

Selain itu, penduduk Tambun juga bertuah apabila berpeluang bertemu mata dengan pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Hariz yang tampil berkongsi pengalaman dan motivasi di Forum Hijrah yang dikendalikan Ustaz Hariri Daud sebagai moderator program.

Bukan itu sahaja, buat julung kalinya, penduduk setempat juga berpeluang melihat sendiri melihat demonstrasi dan aktiviti penyalinan al-Quran dengan menawarkan jualan pelbagai versi daripada saiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana, hinggalah kepada koleksi besar yang sesuai untuk kegunaan di rumah atau institusi yang dijual dengan terjemahan dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Inggeris dan tulisan Jawi.

Program lain yang turut dilakukan adalah konvoi motosikal belia, gotong royong membersih kubur, Jualan Rahmah, pameran agensi, jualan usahawan, pemeriksaan kesihatan, program penukaran minyak hitam dan gunting rambut percuma, cabutan bertuah serta pameran bas perkhidmatan.

Program ini turut mengangkat aspirasi Malaysia Madani dengan memastikan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia atau latar belakang untuk hadir dan berhimpun dalam satu acara yang mengukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang serta keharmonian, selari dengan misi kerajaan untuk membina sebuah negara yang inklusif dan sejahtera untuk semua.