Keunikan kehidupan Gajah Borneo

Iklan

Sebahagian pelancong leka melihat dan merakam keunikan kehidupan Gajah Borneo di pesisir Sungai Kinabatangan. Gajah Borneo (Elephas maximus borneensis) ialah subspesies gajah Asia terkecil dan hanya ditemukan di utara Borneo. Populasi haiwan ini cuma berbaki sekitar 1,000 ekor dengan kebanyakannya di kawasan Kinabatangan dan sebahagian kecil lagi di Kalimantan, Indonesia. Gajah Borneo dilindungi oleh undang-undang termasuk Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997. Selain itu, kerajaan Sabah juga melaksanakan Pelan Tindakan Gajah Borneo (2020-2029) bagi memastikan kelangsungan hidup jangka panjang spesies itu.