Tuntutan Sabah 40 peratus: Cadangan penyelesaian dikemuka kepada PM September ini - TPM
Iklan
Fadillah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Cadangan penyelesaian berkaitan hasil Sabah melibatkan sebanyak 40 peratus yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadualkan pada September ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat teknikal khas yang berlangsung pada Isnin hanya melibatkan Sabah dan memberi tumpuan terhadap tuntutan perlembagaan berkaitan hasil negeri.
Iklan
Iklan
"Mesyuarat hari ini merupakan lanjutan kepada mesyuarat Majlis Tindakan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sebelum ini, yang memutuskan supaya satu mesyuarat teknikal khas yang melibatkan tuntutan negeri Sabah khususnya Artikel 112C iaitu 40 peratus dan hubung kaitnya dengan Artikel 112D Perlembagaan.
“Kita telah mendengar pembentangan serta cadangan penyelesaian daripada kerajaan negeri Sabah dan juga cadangan tersebut turut menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara di peringkat Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Kinabalu di sini pada Isnin.
Iklan
Fadillah menjelaskan, semua cadangan dan respon yang dibincangkan dalam mesyuarat teknikal itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tindakan MA63 yang akan berlangsung pada September.
Beliau mengakui wujud beberapa kekangan dari sudut perundangan berikutan isu berkenaan turut dibawa ke mahkamah oleh Majlis Peguam Negeri Sabah.
Iklan
“Oleh sebab itu, ada batasan untuk kita memuktamadkan penyelesaian tanpa keputusan kehakiman.
"Namun begitu, kerajaan tetap komited untuk mencari penyelesaian secara pentadbiran di luar bidang kuasa mahkamah,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada satu bentuk penyelesaian interim boleh dilaksanakan sebelum keputusan mahkamah dimuktamadkan.
Ketika ditanya sama ada keputusan rasmi akan diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Fadillah berkata, sebarang keputusan hanya akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Tindakan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>