Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan di Linkedua

Iklan
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di Lebuhraya Linkedua, Iskandar Puteri. - Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Linkedua di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pertama berlaku pada jam 6.30 pagi di Kilometer (KM) 17.2 Lebuhraya Linkedua manakala kemalangan kedua berlaku di KM 17.1 di arah sama menuju ke Senai.

Iklan
Iklan

“Kemalangan pertama melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 56 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam yang ditunggangnya cuba mengelak sebatang pokok tumbang di lokasi kejadian.

“Kemalangan kedua pula melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang cedera parah di bahagian kepala, kaki dan tangan apabila motosikal jenis Yamaha MT25 berwarna biru yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri,” katanya.

Iklan

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.

Iklan