Pendedahan terperinci di media sosial

Iklan
Insiden kontroversi tercetus pada malam terakhir program iaitu pada 30 September, ketika berlangsungnya sesi tertutup khas yang dihadiri kira-kira 50 peserta wanita.

SHAH ALAM – Berdasarkan hantaran yang tular di media sosial, seorang pengguna Facebook tampil mendedahkan secara terperinci situasi sebenar yang berlaku sepanjang penganjuran sebuah program motivasi berkaitan rumah tangga di Shah Alam, September tahun lalu.

Menurutnya, acara kontroversi tercetus pada malam terakhir program iaitu pada 30 September, ketika berlangsungnya sesi tertutup khas yang dihadiri kira-kira 50 peserta wanita.

Iklan
Iklan

Dia mendakwa suasana sesi tersebut berubah menjadi mencurigakan apabila fasilitator program, termasuk beberapa individu bergelar 'Cleopatra', masuk ke dewan dalam suasana lampu yang malap sambil diiringi muzik berunsur romantik.

Tidak lama kemudian, pengasas program muncul dalam keadaan berpakaian mencolok mata dan menari di hadapan peserta, sehingga menimbulkan rasa terkejut dan kurang selesa dalam kalangan mereka.

Iklan

Dakwanya lagi, peserta turut diberi sejenis minuman yang dikatakan boleh membangkitkan rasa berani dan ghairah selepas diminum.

Peserta turut diberi sejenis minuman yang dikatakan boleh membangkitkan rasa berani dan ghairah selepas diminum.

Iklan

Menurut wanita berkenaan, minuman itu merupakan campuran ‘cendawan ajaib’ dari Bali, Indonesia bersama coklat, mempunyai rasa manis, pedas dan sedikit memeritkan tekak serta dikatakan mampu menimbulkan perasaan cinta, tenaga dan keghairahan.

Katanya, air tersebut tidak mempunyai sebarang label ramuan, dihasilkan sendiri oleh pengasas dan diedarkan secara terhad dalam kawalan pihak penganjur sahaja.

Mereka yang meminumnya, akan mula merasai kesannya seawal 15 minit antaranya timbul perasaan berahi, gembira, bahagia, ketenangan serta keberanian dalam diri.

Lebih mengejutkan, beberapa fasilitator wanita turut didakwa menari secara mengghairahkan dan melakukan aksi tidak senonoh termasuk perlakuan berunsur seksual sesama wanita di hadapan para peserta.

Upacara simbolik membuang masalah turut dijalankan, selain aktiviti yang digelar sebagai proses 'kelahiran semula' dan 'pembersihan spiritual' yang menyerupai amalan keagamaan tertentu.

Dia menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bercanggah dengan batas aurat dan akhlak Islam serta berunsur ritual yang mirip ajaran sesat.

Menurutnya lagi, satu aduan rasmi lengkap dengan bukti telah dikemukakan kepada pihak berkuasa.