Titah Adendum: UMNO Kelantan harap Najib dapat keadilan
Iklan
Ahmad Jazlan
KOTA BHARU – UMNO Kelantan memohon agar pelaksanaan baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disegerakan bagi membuktikan proses perundangan yang telus dan adil.
Permintaan tersebut dibuat susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dilaporkan pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya bersyukur dengan perkembangan itu dan berdoa agar Najib mendapat keadilan sepenuhnya.
"Ia sekali gus dapat menangkis tanggapan negatif oleh rakyat sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Ahmad Jazlan turut memaklumkan bahawa UMNO Kelantan memohon agar semua prosiding pendakwaan dihentikan selari dengan keabsahan Titah Adendum tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.
Iklan
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Pengundi pilih calon, logo atau ikut keluarga?"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: Pengundi pilih calon, logo atau ikut keluarga?
Memasuki hari kelapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebahagian pengundi dilihat sudah mempunyai pilihan tersendiri mengenai calon yang bakal diberikan mandat pada 14 November ini.
Tinjauan Sinar Harian bagi mendapatkan pandangan pengundi mendapati, faktor prestasi dan kebolehan calon menyelesaikan masalah rakyat menjadi antara pertimbangan utama, selain kecenderungan terhadap parti serta pengaruh keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803656/berita/politik/prn-melaka-pengundi-pilih-calon-logo-atau-ikut-keluarga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T07:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuipm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuipm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuipm2"></script>