Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNO
Iklan
Mustapha
KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan pelaksanaan hukuman tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sebarang alasan.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan selepas denda RM50 juta dibayar disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.
Iklan
Iklan
Beliau mendakwa, tindakan itu turut dipengaruhi unsur ketakutan politik pihak tertentu selain disifatkan sebagai disengajakan menggunakan alasan yang direka-reka.
"Malah paling biadab dan kurang ajar apabila sanggup ingkar dan derhaka kepada titah serta kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Iklan
"Keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad setelah syarat yang ditetapkan dilaksanakan, tidak ada kuasa yang lebih tinggi daripada Agong dalam soal pengampunan Najib," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.
Iklan
AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.
Titah baginda, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.
Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.
Titah baginda lagi, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.
Sehubungan itu, Mustapha menegaskan Veteran UMNO mahu Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan berkenaan tanpa sebarang alasan lagi.
Komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk serta memastikan mereka mudah menghubunginya menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen.
Menurutnya, sepanjang menjadi wakil rakyat, pendekatan meletakkan nombor telefon peribadi secara terbuka di media sosial membolehkan penduduk menghubunginya secara langsung bagi menyampaikan aduan dan mendapatkan bantuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803647/berita/politik/prn-melaka-nombor-telefon-peribadi-jadi-talian-terus-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.