Pemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah Agong
Iklan
Dr Muhamad Akmal. FOTO FAIL SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan segera bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagaimana diperkenankan.
Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebarang proses lanjut termasuk rujukan mahkamah tidak wajar dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan titah yang dinyatakan oleh Baginda sebagai 'jelas dan tanpa ambiguiti'.
Iklan
Iklan
Atas dasar itu, Dr Muhamad Akmal memaklumkan bahawa Pemuda UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Tegasnya, ia bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan titah dan perintah mahkamah itu.
Iklan
"Seperti yang dititahkan, kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan pelaksanaannya 'hendaklah dihormati selaras kedudukan Raja Berperlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang'.
"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.
Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.
Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.
Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk serta memastikan mereka mudah menghubunginya menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen.
Menurutnya, sepanjang menjadi wakil rakyat, pendekatan meletakkan nombor telefon peribadi secara terbuka di media sosial membolehkan penduduk menghubunginya secara langsung bagi menyampaikan aduan dan mendapatkan bantuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803647/berita/politik/prn-melaka-nombor-telefon-peribadi-jadi-talian-terus-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.