TANGKAK - Seorang usahawan produk kesihatan berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM84,000 lebur tidak sampai dua bulan setelah terjebak kes penipuan pelaburan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, wanita berusia 52 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan suspek melalui aplikasi TikTok pada Februari lepas.