Ubah haluan secara tiba-tiba, remaja maut dirempuh kereta

Iklan
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 160, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada Khamis.

TANGKAK – Gara-gara mengubah haluan secara tiba-tiba, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 160, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan berkenaan pada jam 11.15 pagi.

Iklan
Iklan

“Kemalangan melibatkan Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita berusia 39 tahun dan sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja berusia 17 tahun.

“Kemalangan dipercayai berpunca akibat penunggang motosikal yang mengubah haluan hingga menyebabkan perlanggaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Khairul di talian 011-12445836 bagi membantu siasatan.

Iklan