Promosi eksklusif Harvey Norman X Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Iklan
Harvey Norman menawarkan promosi pra-tempahan eksklusif kepada orang ramai sempena pelancaran Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7.

SHAH ALAM – Harvey Norman Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharu, Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 di kedai flagship Mid Valley Kuala Lumpur.

Sebagai peruncit terkemuka yang memfokuskan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor komputer dan komunikasi, jenama diyakini itu berada di barisan hadapan dalam mengintegrasikan teknologi terkini.

Iklan
Iklan

Pengenalan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 menyerlahkan lagi komitmen tersebut sekali gus menawarkan kelebihan fleksibiliti, prestasi dan ciri pintar yang tiada tandingan kepada pengguna.

Samsung Galaxy Z Fold7 mentakrif semula inovasi telefon pintar boleh lipat dengan desain ultra unfold yang dilengkapi kamera utama 200MP dan sensor imej 44 peratus lebih besar berbanding model terdahulu.

Iklan

Harvey Norman juga menawarkan promosi pra-tempahan eksklusif kepada 50 pelanggan terawal bermula 10 hingga 13 Julai ini di Mid Valley Kuala Lumpur.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon® 8 Elite for Galaxy, peranti canggih itu menampilkan reka bentuk lebih langsing dan ringan selain skrin lebar memberikan pengalaman tontonan menyeluruh dari tepi ke tepi, sesuai untuk kerja mahupun hiburan.

Iklan

Berbeza pula dengan Galaxy Z Flip7 yang lebih mengutamakan reka bentuk padat tanpa mengorbankan fungsi dan dilengkapi dengan paparan utama 6.9 inci serta Skrin Penutup Infinity 4.1 inci dari tepi ke tepi.

Dikuasakan oleh pemproses Samsung Exynos 2500, ia hadir dengan bateri 4,300mAh yang dipertingkat dan kamera FlexCam dwi 50MP yang direka untuk fleksibiliti, kreativiti serta penggunaan serba lancar semasa dalam perjalanan.

Sempena pelancaran tersebut, Bengkel Pengalaman Berkuasa AI Eksklusif turut dianjurkan dan dihadiri Pengurus Besar Komputer dan Komunikasi di Harvey Norman Malaysia, Danny Lau bersama wakil Samsung.

Menariknya, orang ramai boleh berbual dengan Pakar AI Generasi Baharu, lengkap beruniform hitam khas Next Gen AI yang sudah dilatih untuk memahami keupayaan AI, menjawab pertanyaan pelanggan dan membantu membuat keputusan bijak.

Harvey Norman juga menawarkan promosi pra-tempahan eksklusif kepada 50 pelanggan terawal bermula 10 hingga 13 Julai ini di Mid Valley Kuala Lumpur dan hadiah percuma bernilai lebih RM200.

Selain itu, semua pelanggan pra-tempahan akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah untuk memenangi salah satu daripada 10 monitor Samsung (bernilai RM999 setiap satu). Tertakluk kepada terma dan syarat.

Orang ramai juga berpeluang menikmati tawaran istimewa bernilai hingga RM1,390 sempena pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold7 atau Z Flip7 di mana-mana cawangan Harvey Norman atau di www.harveynorman.com.my bermula dari 10 hingga 31 Julai ini.

Di samping menerima naik taraf storan berganda percuma (bernilai hingga RM600) dan e-baucar eksklusif bernilai sehingga RM390, pemegang kad CIMB layak mendapat rebat hingga RM400.

Nikmati Pelan Pembayaran Ansuran Fleksibel Harvey Norman sehingga 60 bulan dengan kadar faedah zero peratus. Layari facebook.com/HarveyNormanMY atau www.harveynorman.com.my.