Dua maut, 27 cedera bas bawa pelajar terjunam ke dalam gaung

Iklan
Dua maut dan 27 cedera selepas sebuah bas yang membawa pelajar kolej ke kem latihan tentera terjunam ke dalam gaung di selatan Filipina. Gambar hiasan

MANILA - Sebuah bas yang membawa pelajar,  terjunam ke dalam gaung di Wilayah Zamboanga del Sur di selatan Filipina pada Khamis, mengakibatkan dua orang maut dan 27 yang lain cedera, lapor Xinhua yang memetik pihak berkuasa.

Ronnie Villanueva, Pegawai Pengurusan Risiko dan Pengurangan Bencana wilayah berkata, nahas berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan ketika bas itu dalam perjalanan ke sebuah kem latihan tentera.

Iklan
Iklan

Villanueva berkata, seorang pelajar maut di tempat kejadian, manakala seorang mangsa warga emas disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

Seramai 27 orang lagi mengalami pelbagai jenis kecederaan.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati brek bas gagal berfungsi ketika ia menuruni selekoh curam, menyebabkan ia terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

Pelajar kolej dalam perjalanan ke kem itu bagi mengikuti satu program yang bertujuan mempersiapkan mereka untuk berkhidmat dalam angkatan tentera sekiranya berlaku kecemasan, serta sebagai anggota simpanan dan pegawai berpotensi. - Bernama-Xinhua

Iklan