Kempen Pas Teraju Pahang hanya slogan tanpa hala tuju jelas - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Kkempen Pas Teraju Pahang hanya satu slogan tanpa hala tuju jelas, dakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan. 

Dakwanya lagi, slogan tersebut dilihat lebih kepada permainan sentimen dan persepsi kerana Pas kekurangan modal ketika kerajaan negeri terus bergerak ke hadapan.

Iklan
Iklan

"Dari segi prestasi, kita terus bergerak dan buat sehabis baik untuk rakyat semua lapisan dengan pelbagai bantuan termasuk inisiatif Makmur Pahang.

"Justeru kerajaan negeri diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen 'Teraju Pahang 2.0' yang sedang dilakukan Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas ketika ini," katanya ketika diminta mengulas kempen dilancarkan Pas Pahang dalam usaha merampas kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Iklan

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Pahang 1st di sini pada Khamis.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi UMNO Pahang turut mempersoalkan hala tuju yang ingin dibawa PAS menerusi kempen berkenaan.

Iklan

"Kalau dengar yang 'dinyanyikan' Pas Teraju Pahang, hanya slogan tapi apa yang dimaksudkan dan apa yang mereka nak buat?

"Kita tidak nampak jadi rakyat harus mempersoalkan apa yang cuba mereka bawa dalam kempen itu," ujarnya.

Beliau berkata, selama tujuh tahun pentadbirannya, pencapaian jelas dan terbukti.

"Kita mampu bina masjid, bantuan kepada jemaah haji, bantuan masjid, lapan rumah untuk rakyat bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bantuan kepada pelajar dan sebagainya.

"Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri meningkat dan boleh diukur misalnya paras KDNK kita 5.7 peratus melebihi paras nasional 5.1 peratus tahun lalu," katanya.

Justeru beliau meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan slogan Pas yang tidak jelas untuk terajui negeri ini.

Sebelum ini Ketua Sekretariat PN Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, PN Pahang sudah memulakan kempen awal menjelang PRU16 menerusi siri Jelajah Teraju Pahang 2.0 yang dilaksanakan secara berterusan di seluruh negeri ini.

Menurutnya, program itu merupakan kesinambungan kepada pusingan pertama jelajah kawasan DUN yang dimenangi dan berpotensi menang.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah menjelaskan, objektif utama jelajah itu adalah untuk memberikan semangat kepada jentera parti selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan PN menerajui Pahang.