PUTRAJAYA – Kehidupan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi lambang kepada kepimpinan berwawasan yang terus menginspirasikan rakyat dan negara, kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengulas sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 negarawan itu pada 10 Julai, Dr Noor Hisham menyifatkan usia seabad Dr Mahathir bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi mencerminkan perjalanan Malaysia daripada era pasca penjajahan kepada sebuah negara moden.