Notis saman fitnah diserahkan kepada Papagomo - Asyraf Wajdi

Iklan
Serahan itu dilakukan oleh pasukan guaman pada jam 2.15 petang Rabu di kediaman Papagomo. (Gambar kecil: Notis tuntutan saman)

SHAH ALAM – Notis tuntutan saman telah diserahkan secara rasmi kepada Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung dakwaan fitnah penyalahgunaan dana Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, serahan itu dilakukan oleh pasukan guaman pada jam 2.15 petang Rabu di kediaman individu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Cukuplah budaya politik kebencian dan fitnah murahan. Kita mesti ajar erti tanggungjawab terhadap kata-kata dan tindakan.

"Kalaupun tidak kisah dengan hukuman dunia, moga ada sekelumit perasaan takut pada azab ALLAH yang amat pedih akibat fitnah, jumpa anda di mahkamah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, Asyraf Wajdi berkata, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Papagomo dengan menyaman beliau sebanyak RM1 juta berhubung dakwaan fitnah kononnya beliau menyalahgunakan dana Mara.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun daripada wang Mara digunakan bagi tujuan ibadah korban.

Iklan

Sebaliknya, jelas beliau, ramai pihak tampil menyumbang untuk tujuan sedekah kepada penduduk Gerik dan salah satu lembu korban merupakan sumbangan peribadi beliau kepada Mara daerah yang sama.