JIM lapor MCMC kes scammer tawar hapus 'blacklist' di media sosial

Iklan
Datuk Zakaria Shaaban

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut berhubung kandungan penipuan di media sosial yang menawarkan khidmat menghapus status senarai hitam warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan pihaknya mendapati pelakuan membabitkan scammer yang beroperasi di luar negara.

Iklan
Iklan

"JIM sudah menghantar laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan JIM telah mengenal pasti kegiatan penipuan yang memperdayakan orang ramai dengan mendakwa kononnya jabatan itu menawarkan khidmat menghapus status senarai hitam.

Iklan

Zakaria dilaporkan berkata, akaun media sosial tersebut secara terbuka mempromosikan perkhidmatan berkaitan urusan perjalanan masuk dan keluar Malaysia, menghapus status ‘blacklist’ dalam sistem JIM serta mengurus permohonan program Rekalibrasi Tenaga Kerja program yang tidak wujud kepada warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Siasatan awal JIM mendapati akaun-akaun media sosial ini mengenakan bayaran tertentu terhadap setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

Iklan

Aktiviti terbabit disahkan sebagai satu bentuk penipuan dan cubaan untuk memperdaya orang ramai dengan mengaitkan JIM bagi mengaut keuntungan secara tidak sah.