Gangguan air tidak berjadual di Kuantan bermula malam ini

Iklan
PAIP umum gangguan bekalan air tidak berjadual selama 12 jam di Kuantan susulan kerja penyelenggaraan loji.

KUANTAN – Penduduk di beberapa kawasan di daerah ini akan berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual selama 12 jam bermula malam Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, gangguan itu susulan pelaksanaan kerja- kerja baik pulih dan penyelenggaraan kesemua instrumen penting di Rumah Pam Kobat, di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyelenggaraan tersebut perlu dilaksanakan segera sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar terhadap pengoperasian loji pada masa akan datang.

"Kerja-kerja itu akan bermula jam 11 malam Rabu dan dijangka selesai pada jam 11 pagi Khamis.

Iklan

“Proses ini dijangka mengambil masa selama 12 jam dan pihak kita akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan tempoh gangguan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk seluruh kawasan Beserah sehingga sempadan Chendor meliputi MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating dan Kubang Ikan.

Iklan

Selain itu, kawasan industri Gebeng Fasa I, II, dan III, kawasan Pelabuhan, Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan dan industri Semambu, serta Jalan Tengku Muhammad turut terkesan.

Turut mengalami gangguan ialah kawasan Teluk Sisek, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Taman Selamat, Tembeling Resort dan Kelab Golf Diraja.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih, Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol dan Cenderawasih.

Tidak ketinggalan, kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, Indera Mahkota, Kampung Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, SBPI, Ibu Pejabat PAIP, Terminal Sentral, Bomba Indera Mahkota dan Widad turut tersenarai antara kawasan terlibat.

Saiful Zaini turut memaklumkan bekalan air akan disalurkan kepada pengguna secara berperingkat setelah kerja-kerja penyelenggaraan siap sepenuhnya dan seterusnya sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Bagaimanapun, katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas juga adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,

Beliau menambah, pihaknya akan menyediakan bantuan alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis- premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan premis berkaitan yang memerlukan bekalan air secara berterusan.

"Kita berharap dengan pemakluman awal notis ini dapat memberikan persediaan awal kepada pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya.

Dalam pada itu, Saiful Zaini juga memberi jaminan bahawa segala usaha sedang digiatkan agar kerja-kerja penyelenggaraan ini berjalan lancar dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999 yang beroperasi selama 18 jam sehari bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.