KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang melarikan diri selepas kenderaan yang dipandu oleh seorang daripada mereka terjatuh ke dalam Sungai Langat di Hulu Langat, pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.30 pagi daripada orang awam bahawa terdapat sebuah kereta telah terjatuh ke dalam sungai itu di Jalan Kuari Sungai Long.