[VIDEO] Beberapa negara termasuk China mahu perjanjian SEANWFZ disambung semula - Mohamad

Iklan

KUALA LUMPUR - Beberapa negara termasuk China menyatakan hasrat untuk menyambung semula perbincangan membabitkan perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang tertangguh sebelum ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China menghubungi Malaysia dan setuju untuk menandatangani perjanjian tanpa sebarang syarat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, permintaan tersebut menunjukkan perkembangan yang baik dalam usaha membebaskan dunia daripada ancaman senjata nuklear.

"Ada dua tiga negara yang menghubungi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN. Mereka mahu berbincang dan meneruskan perbincangan yang tertangguh dulu berkenaan dengan perjanjian SEANWFZ.

Iklan

"Pada masa sama, kita turut menerima pakai keputusan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota SEANWFZ yang akan kita rasmikan pada Sidang Kemuncak ke-47 pada Oktober ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ, pada Selasa.

Mohamad semasa mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ, pada Selasa. Foto Bernama

Iklan

Mesyuarat SEANWFZ diadakan bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Selasa hingga Jumaat.

Perjanjian SEANWFZ yang juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok ditandatangani pada Disember 1995 di Bangkok oleh 10 negara anggota ASEAN dan mula berkuat kuasa pada Mac 1997.

Di bawah protokol itu, setiap NWS perlu menghormati Perjanjian SEANWFZ dan mewajibkan anggotanya untuk tidak mengembangkan, mengeluarkan atau memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear dalam zon berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, modus operandi SEANWFZ juga akan diperkemas dan diperkasa bagi membolehkan negara SEANWFZ memahami dan mengadakan hubungan dengan blok lain.

"Itu kita nak lakukan supaya kita dapat kesinambungan dan berbincang bagaimana cara untuk memastikan dunia ini bebas daripada ancaman senjata-senjata nuklear," katanya.