WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin berkata, beliau mungkin menangguhkan lagi pelaksanaan tarif import terhadap beberapa negara melepasi tarikh baharu yang ditetapkan pada 1 Ogos, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketika ditanya sama ada tarikh baharu itu muktamad, Trump memberitahu wartawan:"Saya akan kata muktamad, tetapi bukan 100 peratus.”