KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 18 individu dilaporkan hilang awal pagi Selasa dalam kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan di kawasan utara Nepal, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Jurucakap polis daerah Rasuwa, Inspektor Krishna Dhital berkata, pihaknya menerima laporan bahawa sekurang-kurangnya 18 orang hilang dalam kejadian banjir yang berlaku di kawasan sempadan Rasuwagadhi.