Goodday KidSTART 3.0 cungkil bakat usahawan cilik

Iklan
Goodday KidSTART 3.0 menjadi platform mencungkil idea dan kreativiti anak-anak.

SHAH ALAM - Goodday KidSTART 3.0 membuka peluang kepada ibu bapa di seluruh negara untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada dunia perniagaan dan kepimpinan seawal usia muda.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, program itu bukan sekadar mencungkil bakat usahawan cilik, tetapi membina keyakinan, ketahanan diri dan kemahiran literasi kewangan yang merupakan elemen penting dalam mencorak pemimpin masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak dilancarkan, program itu telah menarik penyertaan lebih daripada 5,000 kanak-kanak dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Largest Kidpreneur Programme.

Jelasnya, pada tahun ini, mereka menyasarkan 6,000 pelajar dari seluruh negara kerana KidSTART 3.0 menawarkan pengalaman lebih inklusif dan menyeluruh, termasuk muncul dalam kaca televisyen melalui rancangan realiti di Astro Ria serta Astro Ceria.

Iklan

“Program ini bukan sekadar tentang mencari idea, ia membina keyakinan, ketahanan diri, dan mengajar kanak-kanak cara untuk menjadi pemimpin. Kami dapat lihat kanak-kanak yang pemalu berubah menjadi peneraju.

“Dengan Goodday Milk, kami bukan sahaja membekalkan khasiat penting untuk kesihatan badan anak-anak, tetapi juga menyokong perkembangan minda mereka, sambil menggalakkan impian besar dan pemikiran berani.

Iklan

“Tahun ini, kami membawa program ini ke tahap yang lebih tinggi dengan pendedahan di kaca TV dan bimbingan daripada pakar kerana kami percaya setiap anak berhak untuk dilihat, didengari dan diberi inspirasi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Pengasas 1% Advisory & Coaching, Chen Chow Yeoh, melalui pendekatan pembelajaran hibrid yang melibatkan sesi bilik darjah dan webinar, peserta diberi pendedahan terhadap pemikiran reka bentuk, pemodelan perniagaan serta penyelesaian masalah secara kreatif.

Tambah beliau, program tersebut menjadi platform untuk menguji kemampuan peserta dalam mengupas idea mengenai isu semasa termasuk kesihatan mental, kelestarian dan inovasi.

“Menjadi juri finale Goodday KidSTART tahun lalu benar-benar membuka mata saya tentang betapa hebat dan kreatifnya kanak-kanak ini.

“Banyak pembentangan mereka dapat menandingi pelajar universiti, malah ada yang lebih baik daripada mereka. Apa yang paling mengagumkan ialah kemampuan mereka bercakap dengan penuh semangat tentang isu yang benar-benar penting bagi mereka, seperti kebolehcapaian, kesihatan mental, kelestarian serta inovasi.

“Dua daripada tiga pemenang tahun lepas hanya berusia sembilan tahun, tetapi mereka dapat membentang seperti para profesional.

“Jika anak anda berimaginasi tinggi atau suka menyelesaikan masalah, inilah program terbaik untuk mereka. KidSTART tidak hanya mengajar mereka tentang keusahawanan, ia memupuk daya kepimpinan, pembinaan matlamat, dan keberanian dari awal usia,” katanya.

Pendaftaran kini dibuka menerusi laman web rasmi www.gooddaykidstart.com dan peserta hanya perlu menghantar video pendek memperkenalkan diri, berkongsi inspirasi serta membentangkan idea mereka secara ringkas.

Seramai 100 peserta akhir akan dipilih untuk memperhalusi idea mereka dengan bimbingan pakar, manakala 20 peserta terbaik akan mara ke peringkat nasional.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM60,000 untuk merealisasikan impian mereka menjadi usahawan muda.

Goodday KidSTART 3.0 merupakan usaha Goodday Milk dan Etika Sdn Bhd dalam memperkasakan pendidikan keusahawanan sejak usia muda selain membuka ruang untuk anak anda menjadi pencetus perubahan masa hadapan.