SHAH ALAM - Komponen muka sauk bagi Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau dijangka akan dimulakan semula pada bulan ini selepas arahan henti kerja (‘stop work order’) susulan kejadian ban runtuh pada September tahun lalu ditarik balik.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, kerja awalan dan mobilisasi kini sedang dijalankan secara berperingkat oleh pihak kontraktor yang dilantik.