SEREMBAN – Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh yang tertimbus ketika melakukan kerja pemasangan paip pembetungan di Kawasan Perindustrian Teck Park, Bandar Baru Nilai, berjaya diselamatkan dalam satu operasi pada malam Isnin.
Komander Operasi, Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai digerakkan ke lokasi kejadian.