Kerajaan terdahulu punca kemelut adat dan Raja Negeri Sembilan – Ismail
Iklan
Ismail ketika sidang media khas pada Khamis. Foto Bernama
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan kemelut membabitkan institusi adat dan Raja di negeri itu bukan berpunca daripada pentadbiran semasa, sebaliknya diwarisi daripada kerajaan terdahulu.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kegagalan Menteri Besar ketika itu melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) menjadi permulaan kepada kemelut yang berlaku.
Iklan
Iklan
"Ia termasuk keengganan menyempurnakan proses yang sepatutnya dilaksanakan yang telah menyebabkan kemelut ini berlarutan dan menjadi semakin parah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di sebuah hotel di sini, pada Khamis.
Iklan
Ismail berkata, kerajaan hari ini menerima mandat rakyat dengan majoriti lebih dua pertiga dan membawa satu amanah besar untuk memulihkan kestabilan pentadbiran, mempertahankan keluhuran UUTKNS 1959 serta memelihara kemuliaan Institusi Adat dan Raja yang menjadi tunjang identiti Negeri Sembilan.
Katanya, kerajaan negeri kesal apabila pertikaian yang sedang berlaku cuba digambarkan sebagai pertentangan antara kerajaan negeri dengan Yang di-Pertuan Besar.
Iklan
"Naratif seperti ini tidak membantu usaha mendamaikan keadaan dan persoalan yang perlu diselesaikan ialah pertikaian mengenai proses, bidang kuasa dan tafsiran terhadap tindakan institusi-institusi adat yang berkaitan.
"Perkara inilah yang sewajarnya diselesaikan melalui saluran yang diperuntukkan oleh adat dan Undang-Undang Tubuh, bukannya melalui tuduh-menuduh di ruang awam," katanya.
Malah ujarnya, kerajaan negeri tidak berhasrat menentukan keputusan bagi pihak institusi-institusi berkenaan.
Dalam pada itu, berhubung kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang negeri, Ismail menegaskan bahawa penjawat awam tidak seharusnya dilihat berpihak dalam pertikaian politik atau institusi sehingga menjejaskan kepercayaan terhadap neutraliti pentadbiran.
"Kerajaan negeri mengambil maklum bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan mekanisme tertentu berhubung pelantikan jawatan-jawatan utama dalam pentadbiran negeri.
"Kerajaan juga mengambil maklum pendirian pihak-pihak berkuasa berkaitan mengenai bidang kuasa berhubung kedudukan pegawai-pegawai terbabit," katanya.
Sehubungan itu katanya, sebarang persoalan mengenai kedudukan mereka hendaklah diselesaikan melalui proses undang-undang dan pentadbiran yang sewajarnya.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menegaskan bahawa persoalan yang lebih asas mengenai keyakinan terhadap pentadbiran, profesionalisme, keberkecualian serta pematuhan terhadap keputusan kerajaan yang dibuat secara sah tidak boleh diketepikan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T08:25:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcf8ca"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcf8ca"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcf8ca"></script>