Sebar video seks: Polis rekod keterangan empat isteri penceramah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

SHAH ALAM - Polis telah merekod keterangan empat isteri kepada seorang penceramah yang disiasat berhubung kes penyebaran video seks.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, keterangan keempat-empat wanita terbabit diambil pada minggu lepas.

Iklan
Iklan

"Setakat ini lima saksi termasuk empat isterinya telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

"Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya dengan segera," katanya pada Isnin.

Iklan

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita yang juga isteri kedua kepada penceramah bebas terbabit membuat laporan polis pada 16 Jun selepas mendakwa video seksnya, madunya serta wanita lain telah disebarkan oleh suaminya.

Berikutan itu, polis telah menahan suspek pada 1 Julai dengan rampasan telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Iklan

Suspek berusia 39 tahun itu kemudian direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 sebelum dibebas dengan ikat jamin polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata tauliah penceramah bebas terbabit sudah ditarik sebelum ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan juga dilaporkan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri telah menerima laporan daripada dua wanita berusia 40-an yang mendakwa diperdaya seorang penceramah membabitkan pembangunan sekolah agama di Selangor sehingga mengalami kerugian berjumlah RM140,000.