Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah
Iklan
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang jemaah lelaki Malaysia Ahmad Kerya, 70, daripada kumpulan KT099, disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Makkah pada jam 1.22 tengah hari semalam (waktu tempatan).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan menerusi Facebook pada Isnin memaklumkan Allahyarham yang menetap di Maktab 81 (PJH: Al Balad), meninggal dunia akibat septicemic shock secondary to pneumonia with multi organ failure.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Allahyarham yang berasal dari Kodiang, Kedah, meninggalkan seorang isteri yang turut bersama-bersamanya mengerjakan haji di Tanah Suci, serta anak-anak di tanah air.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Iklan
Iklan
"Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin," kata Mohd Na'im. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Abang trafik' tunda 3km RXZ rosak"><meta itemprop="description" content="'Abang trafik' tunda 3km RXZ rosak
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #polistrafik #polisbantuorangawam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-17T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a471S1fb32_5dok2K/x120"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa08h24"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa08h24"></script>