Dua individu nyaris maut, motosikal terbabas jatuh gaung

Iklan
Dua individu nyaris maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Fraser di sini pada Ahad.

HULU SELANGOR – Dua individu nyaris maut apabila motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Fraser di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.07 pagi itu, mangsa lelaki dan wanita yang menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Iklan

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati motosikal berkenaan telah terbabas ke dalam gaung dan terdapat dua mangsa di tempat kejadian.

“Mangsa lelaki mengalami kecederaan pada kaki dan bahu, manakala mangsa wanita cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mangsa terlibat diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari gaung menggunakan pengusung oleh anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.