Usaha BRICS angkat suara Selatan Global bawa perubahan sejarah

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Usaha BRICS dalam mengangkat suara negara Selatan Global diyakini dapat membawa kejayaan penting yang akan mencetuskan perubahan besar dalam sejarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan penghargaan kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva atas keberaniannya dalam meneruskan visi yang jelas sekali gus menyuarakan keprihatinan serta aspirasi rakyat Selatan Global.

Iklan
Iklan

“Kita memberi galakkan terhadap usaha BRICS itu bukan kerana pimpinan politik semata-mata tetapi kerana penglibatan komuniti perniagaan dan sektor swasta yang menjadikan suara keadilan (gabungan berkenaan) dapat didengari serta dilaksanakan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sesi Forum Perniagaan BRICS 2025 menerusi siaran langsung di platform digital pada Sabtu.

Iklan

Ujar Menteri Kewangan, perbincangan forum berkenaan juga dilihat sebagai suatu inisiatif yang membawa kesan positif kepada negara anggota BRICS.

“Di forum ini kita bukan bicara soal mengeluh dan mengutuk mereka yang percaya kepada sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dan perlindungan yang diberikan.

Iklan

“Di sini, kita membawa suara untuk multilateralisme, untuk kolaborasi. Bekerja dengan negara Selatan Global namun, pada masa sama masih jalin kerjasama dengan negara Utara.

“Namun kita hendak memastikan bahawa negara bercakap dari kedudukan yang mempunyai kuasa,” ujarnya.

Menurut Anwar, pencapaian BRICS dalam beberapa aspek juga semakin menunjukkan perubahan positif dari masa ke semasa.

"Seperti kita lihat sekarang, munculnya pelbagai teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) kepada teknologi makanan, kita ada kekuatan baharu itu untuk memperkukuhkan ekonomi.

"Saya fikir anda semua boleh membawa perubahan,” menurutnya.