Bahagian Tangga Batu lulus usul kerusi Parlimen dikembalikan kepada UMNO
Iklan
Gambar hiasan.
MELAKA - UMNO Bahagian Tangga Batu hari ini meluluskan usul agar parti itu diberikan semula mandat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, mengambil kira sejarah dan komposisi pengundi, UMNO dilihat berpeluang cerah untuk merampas kembali kerusi berkenaan yang kini disandang wakil rakyat Perikatan Nasional.
Iklan
Iklan
"Kami merayu, bawalah suara kami agar kerusi Parlimen Tangga Batu kembali kepada UMNO. 
"Permintaan ini relevan berdasarkan demografi pengundi Parlimen Tangga Batu yang terdiri daripada 85,000 pengundi Melayu daripada keseluruhan 120,000 pemilih berdaftar.
Iklan
"Lebih unik, kami ada hampir 10,000 pengundi tentera kerana kawasan ini menempatkan beberapa kem utama iaitu Kem Terendak, Kem Para dan Kem Sungai Udang. Jadi, kami berharap pucuk kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat melihat perkara itu dan meluluskan permintaan kami ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2025 oleh Naib Presiden Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Dewan Kompleks Penjara Sungai Udang, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Iklan
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022, BN menerusi calonnya Datuk Lim Ban Hong daripada MCA tewas dalam saingan lima penjuru. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>