EAIC syor hukuman tatatertib pegawai JIM kes kemasukan warga Ghana

Iklan
EAIC

SHAH ALAM - Suruhanjaya Integriti dan Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merujuk kes pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada Pihak Berkuasa Tatatertib jabatan itu berkenaan ketidakpatuhan prosedur kebenaran masuk warga Ghana.

EAIC dalam kenyataan berkata, pihak telah menerima aduan terhadap pegawai JIM yang didakwa tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan berhubung kebenaran masuk warga Ghana ke negara ini melalui Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 18 November 2024.

Iklan
Iklan

"Siasatan ini dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]," katanya pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, siasatan mendapati pegawai terbabit telah melanggar perenggan 4.1 Pekeliling Imigresen Malaysia (PIM) Bil 19 Tahun 2002 yang menyatakan bahawa pemegang pasport negara-negara Afrika hanya dibenarkan masuk ke Malaysia melalui pintu udara sahaja.

Iklan

Justeru kata EAIC, pihaknya memutuskan untuk merujuk kes ini kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM dengan syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terbabit di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

"Ini susulan kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama," ujarnya.

Iklan