Anwar harap Kanada pertimbang semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia.

"Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala," katanya dalam hantaran di X pada Jumaat. 

Iklan
Iklan

Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Perancis, menghubungi Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.

Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.

Iklan

Yuran visa Kanada untuk warganegara Malaysia termasuk yuran kepada kerajaan Kanada, yuran biometrik serta sokongan atau perkhidmatan lanjut daripada VFS Global, pentadbir pihak ketiga dilantik untuk visa Kanada di Malaysia.

Proses untuk permohonan visa Kanada mengambil masa yang lama. - Bernama 

Iklan