Kepala kanak-kanak tersepit besi penghadang taska

Iklan
Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.

NIBONG TEBAL - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit di celah besi penghadang di sebuah taska di Taman Jawi Indah di sini pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.27 pagi itu, mangsa dipercayai bermain di kawasan taska berkenaan sebelum kepalanya tersepit pada struktur besi penghadang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Kanak-kanak tersepit kepalanya di celah besi penghadang di sebuah taska di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal pada Khamis.

Iklan

“Pasukan tiba di tempat kejadian pada jam 8.34 pagi dan segera menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.49 pagi.

“Tiada agensi luar terlibat dalam operasi tersebut. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan selamat bersama penjaganya,” katanya.