Warga emas maut terkena libasan pokok getah

Iklan
Mangsa maut dipercayai terkena libasan pokok getah yang ditebang dalam kejadian di Kampung Klian Intan di Pengkalan Hulu pada petang Rabu.

PENGKALAN HULU - [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 5.16 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati mangsa berusia 76 tahun telah terbaring tidak lagi memberi sebarang tindak balas sehinggalah pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan mengesahkan kematiannya.

Iklan

"Mangsa dipercayai terkena libasan pokok getah sewaktu menebang di kebunnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat dari kawasan kebun sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Menurutnya, operasi melibatkan lapan anggota bersama dua jentera tamat jam 7 malam.