AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mendapatkan laporan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan seorang pengarah jabatan pihak berkuasa tempatan itu yang didakwa terbabit kes rasuah.
Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, setelah laporan tersebut diterima, pihaknya akan merujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan lanjut.