Penamatan sekatan Syria buka ruang NGO perluas bantuan kemanusiaan

Iklan
Trump pada Isnin telah menandatangani perintah eksekutif untuk menamatkan program sekatan AS ke atas Syria. Gambar kanan: Siti Sakinah

SHAH ALAM - Penamatan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Syria pada Selasa membuka ruang baharu buat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan tempatan untuk menggerakkan usaha memulihkan negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, ia termasuk memperluaskan bantuan kemanusiaan, mempercepatkan pemulihan infrastruktur dan memulihkan kehidupan rakyat Syria secara lebih menyeluruh tanpa kekangan kewangan dan logistik.

Iklan
Iklan

“Kami menyeru komuniti antarabangsa, para penderma, dan rakan strategik untuk bersama-sama merebut peluang ini dengan menyokong usaha pemulihan Syria secara kolektif.

“Syria Care kekal komited untuk terus menjadi jambatan antara rakyat Malaysia dan rakyat Syria dalam menyalurkan bantuan yang berfokus, bermaruah dan berterusan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Presiden AS, Donald Trump pada Isnin telah menandatangani perintah eksekutif untuk menamatkan program sekatan AS ke atas Syria.

Ujar Siti Sakinah, langkah bersejarah itu membuka peluang besar bagi negara Syria untuk kembali membina semula dirinya selepas lebih satu dekad berdepan peperangan dan pengasingan antarabangsa.

Iklan

Menurutnya, pengumuman Jabatan Perbendaharaan AS berhubung 518 individu dan entiti dari Syria yang dikeluarkan daripada senarai sekatan juga menandakan titik tolak penting dalam usaha membolehkan rakyat Syria kembali menyertai sistem kewangan global dan memperkukuh pemulihan ekonomi serta sosial mereka.

“Syria Care mengalu-alukan komitmen Washington dalam mengekalkan tekanan terhadap individu dan kumpulan yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia, pengedaran dadah, penggunaan senjata kimia, dan aktiviti keganasan.

“Kami menegaskan bahawa sebarang usaha pemulihan mesti berpaksikan keadilan, keamanan, dan pematuhan terhadap hak asasi manusia,” ujarnya.