Penunggang motosikal maut langgar kerbau liar melintas

Iklan
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

PORT DICKSON - Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba di Kilometer 41.5, Jalan Port Dickson–Lubuk China, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2.15 pagi membabitkan sebuah motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 22 tahun, dalam perjalanan dari arah Pekan Linggi menuju ke Permatang Pasir, Linggi.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati kerbau tersebut memasuki laluan berkenaan secara mengejut sebelum berlaku perlanggaran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kerbau tersebut memasuki laluan berkenaan secara mengejut sebelum berlaku perlanggaran.

Iklan

“Haiwan itu kemudiannya melarikan diri ke kawasan kebun sawit berhampiran.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutama pada waktu malam.

“Pemilik ternakan pula diingatkan supaya tidak membiarkan haiwan berkeliaran sehingga membahayakan nyawa orang lain,” katanya.