Keadaan terkini Tasoh Lake Resort yang dipenuhi semak, daun-daun kering dan rumput liar hari ini.
Tasoh Lake Resort yang terletak di kawasan empangan Timah Tasoh merupakan kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negeri serta kawasan sukan air yang terkenal di Perlis.
Resort yang tidak beroperasi sejak beberapa bulan lepas menimbulkan kebimbangan memandangkan Tahun Melawat Perlis 2025 telah dilanjutkan sehingga 2026 dan kawasan ini juga adalah lokasi wajib tumpuan pelancong ke negeri Perlis.