Pelajar berkeliaran waktu malam dihantar sekolah pondok

Iklan
Pemerintah Daerah Kabupaten Sidenreng Rappang akan menghantar pelajar yang berkeliaran pada waktu malam ke pondok pesantren. Foto Detikcom

SULAWESI SELATAN – Pemerintah Daerah Kabupaten Sidenreng Rappang akan menghantar pelajar yang berkeliaran pada waktu malam ke pondok pesantren.

Ketua Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Sidenreng Rappang, Faisal Sehuddin berkata, pelaksanaan itu membabitkan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah atas (SMA) bertujuan untuk memastikan mereka memberi tumpuan kepada pelajaran di rumah bersama keluarga.

Iklan
Iklan

“Tindakan ini diharapkan anak-anak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran ketika di rumah, dan dalam masa yang sama, mengelakkan mereka daripada terjebak dengan kegiatan jenayah pada waktu malam.

“Kami sedang menyusun mekanisme pelaksanaannya, selaras dengan konsep '7 Kebiasaan Anak Indonesia Hebat', jadi kami akan sejajarkan ia dengan dasar Pak Bupati,” katanya.

Iklan

Faisal turut mendedahkan, pelajar yang melanggar peraturan tersebut akan dimasukkan ke pondok pesantren.

Walau bagaimanapun, institusi mana yang akan menampung mereka masih dalam perbincangan lanjut.

Iklan

“Mereka akan dimasukkan ke pesantren (jika melanggar jam malam). Mengenai pesantren mana yang akan disyorkan, kita tunggu arahan lanjut kerana kemudahannya juga perlu dipertimbangkan,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan Satpol PP serta pentadbiran di peringkat kecamatan dan kelurahan untuk melaksanakan dasar tersebut.

Ujarnya, pemeriksaan akan dijalankan bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan dan berada di rumah untuk belajar.

“Nanti pihak Satpol PP akan menjalankan pemeriksaan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan,” katanya lagi.