Iran sedang jalankan 'aktiviti rahsia'?

Iklan
Beberapa kenderaan dilihat berada di pintu masuk terowong kompleks Fordow. - Foto Agensi

TEHERAN - Imej satelit terbaharu menunjukkan Iran sedang berusaha membina semula kemudahan nuklear mereka selepas dibom Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Jentera berat dilihat berada di kompleks Fordow untuk projek pembinaan dan penggalian di lokasi tersebut yang musnah akibat bedilan jet pengebom, B-2 di bawah Operasi Midnight Hammer.

Iklan
Iklan

Gambar tersebut jelas memaparkan 'aktiviti rahsia' terbaharu berhampiran pintu masuk terowong dan lokasi di mana bom bunker buster digugurkan AS.

Teheran dikatakan sedang giat memulihkan kerosakan dan membina laluan baharu ke kemudahan tersebut.

Iklan

Meskipun AS bersama sekutu kuatnya, Israel beria-ia menghebahkan kejayaan operasi ketenteraan mereka yang kononnya telah melumpuhkan fasiliti nuklear Iran, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi berkata, Teheran berkemungkinan dapat memulakan semula program pengayaan uranium mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan mereka telah mengebom tiga kemudahan utama yang digunakan untuk program senjata nuklear Teheran walaupun tiada bukti untuk menyokong tuduhan tersebut.

Iklan

Trump dengan angkuh menyatakan serangan itu memusnahkan keseluruhan program nuklear Iran walaupun Teheran dikatakan sudah membuat persediaan awal memindahkan stok uranium diperkaya ke lokasi rahsia.

Di tengah-tengah pelaksanaan gencatan senjata rapuh, Presiden ke-47 AS itu memberi amaran ia mungkin melancarkan serangan udara susulan jika Iran masih meneruskan program nuklear mereka. - Agensi