Operasi SAR lelaki Bangladesh dikhuatiri lemas dihentikan

Iklan
Pelbagai kaedah digunakan termasuk pencarian di permukaan air, selaman serta penggunaan bantuan teknologi, namun sehingga kini tiada petunjuk atau penemuan baharu diperoleh.

TAMPIN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Bangladesh yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Kampung Bangkahulu di sini dihentikan selepas tiga hari.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, operasi itu dihentikan pada jam 5 petang, Sabtu, selepas tiada petunjuk diperoleh meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.

Iklan
Iklan

“Setelah tiga hari usaha gigih dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi, operasi SAR mencari mangsa ditamatkan.

“Sepanjang operasi, pelbagai kaedah telah digunakan termasuk pencarian di permukaan air, selaman serta penggunaan bantuan teknologi, namun sehingga kini tiada petunjuk atau penemuan baharu diperoleh,” katanya pada Ahad.

Iklan

Setelah tiga hari usaha gigih dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi, operasi SAR mencari mangsa ditamatkan.

Beliau berkata, penamatan operasi tersebut dibuat setelah mempertimbangkan semua aspek keselamatan, penilaian risiko serta panduan prosedur operasi standard (SOP) agensi penyelamat.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, siasatan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa jika terdapat maklumat baharu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk setempat atas kerjasama dan keprihatinan sepanjang tempoh operasi,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala di lokasi.