Suami 'pergi' ketika isteri bersalin anak ketiga

Iklan
Nurul Atiqah (tengah) bersyukur kerana dapat memanfaatkan pencen penakat untuk membesarkan tiga orang anaknya.

KEPALA BATAS - Saat yang sepatutnya menjadi detik gembira menyambut kelahiran cahaya mata bertukar menjadi ujian paling berat buat seorang wanita apabila suaminya pergi menghadap Ilahi ketika dia sedang bertarung nyawa di dewan bersalin hospital.

Itu pengalaman pilu Nurul Atiqah Rosli, 35, yang menerima khabar duka pemergian suami, Mohamad Syamil Ismail, 33, sebaik dia selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 13 Januari 2022.

Iklan
Iklan

“Arwah suami menghembuskan nafas terakhir di rumah akibat kanser usus. Tarikh itu tidak mungkin saya akan lupa sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui Sinar Ahad di Permatang Kerai Kecil di sini.

Bekas Pengarah PERKESO Pulau Pinang, Othman Nordin menyampaikan replika cek pencen penakat kepada Nurul Atiqah (dua dari kanan) ketika menziarahinya pada 2022.

Iklan

Nurul Atiqah berkata, arwah suami yang bekerja sebagai pembantu awam di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) disahkan menghidap kanser ketika awal kandungan sebelum tahap kesihatan semakin merosot sepanjang tempoh sembilan bulan.

Sebagai suri rumah sepenuh masa tanpa pendapatan tetap, Nurul Atiqah bersyukur apabila menerima pencen penakat selepas sebulan pemergian suami.

Iklan

Menurutnya, proses permohonan diuruskan oleh pihak PERKESO memandangkan dia ketika itu masih dalam tempoh berpantang.

“Saya pun tak sangka layak terima faedah ini. Ia sangat membantu saya dan anak-anak dalam meneruskan kehidupan, khususnya untuk perbelanjaan sekolah dan harian mereka,” katanya.