20 tahun terima pencen penakat hingga anak dapat ijazah

Iklan
Addilah menghantar kedua-dua anaknya iaitu hasil daripada perkahwinan pertama sehingga ke peringkat ijazah dengan menggunakan pencen penakat.

SHAH ALAM - Tiga beranak menzahirkan rasa syukur apabila menerima pencen penakat PERKESO sejak lebih 20 tahun lalu selepas ketua keluarga itu meninggal dunia dalam kemalangan pada Jun 2003 ketika sedang bekerja sebagai penghantar surat.

Addilah Talib, 45, berkata, dia kehilangan suami tercinta, Muslim Abd Rahman sewaktu anak sulung berusia empat tahun manakala anak kedua belum mencapai umur setahun.

Iklan
Iklan

Addilah (kiri) berkongsi gambar kenangan bersama arwah suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak lebih dua dekad lalu.

“Saya pula masa itu tidak bekerja, memang betul-betul 'kosong' selepas arwah tiada tetapi alhamdulillah, pencen penakat menyelamatkan hidup kami.

Iklan

“Selepas setahun suami meninggal baru saya mula bekerja. Pada peringkat awal, kami terima RM580 sebulan sebelum meningkat sedikit demi sedikit dan kini berjumlah RM1,680 sebulan. Saya bersyukur sangat kerana dengan bantuan ini, anak dapat belajar sampai ke peringkat ijazah,” katanya.

Ujar Addilah, sebelum menerima pencen penakat, keperluan susu dan lampin pakai buang untuk anak dibantu oleh bekas majikan suami serta ibu mentua.

Iklan

Menurutnya, segala urusan berkaitan tuntutan faedah itu juga dilakukan sepenuhnya majikan tersebut.

“Pencen penakat ini adalah pelindung kepada wanita yang kehilangan suami.

“Memang benar-benar membantu terutama kalau isteri tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan sebab bukan mudah membesarkan anak-anak yang masih