PASIR PUTEH - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kini pada peringkat akhir rundingan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, rundingan dengan semua parti yang terlibat untuk berhadapan pilihan raya berkenaan juga sedang giat dilakukan.